Wednesday 6 March 2013


Satu
2010
Adriana merempuh pelajar yang turut berhimpit di kolej. Selesai melepasi mereka, tiba pula satu musibah. Dia cuba berlagak tenang apabila sekumpulan pemuda menghampirinya. “Kau Adi, kan?”
“Ya, aku Adi.”
“Jadi, kaulah yag tumbuk ketua kami hingga pengsan?”
“Oh, ikan bilis tu ketua kau ke? Ya, aku,” jawabnya dengan jantung yang berdebar-debar. Pemuda itu mengepal tumbukannya lalu menghadiahkannya kepada Adriana. Namun, Adriana berjaya mengelaknya. “Wei, kalau nak bergaduh, janglah di sini. Menyemaklah!” marah Adriana sambil mengesat peluh gugup. Pemuda itu ketawa. “Apasal? Takut kalah?”
“Tak, aku tak nak korang ditertawakan sebab kalah disebabkan aku.”
“Syam,” panggil satu suara. Adriana menoleh. Harraz turut melihat mukanya kemudian mengukir senyum. Adriana tersengih. “Korang semua jumpa dengan aku di kafe. Sekarang,” arah Harraz. Mereka menurut arahannya. Mana tidaknya, nama penuh Harraz ialah Tengku Harraz Aizril bin Tengku Saifuddin. Maksudnya, dia berketurunan diraja. “Awak okey?” soal Harraz, menoleh kepada Adriana. Adriana menganggukkan kepalanya dengan senyuman lebar terukir di bibir. “Aku nak ucap terima kasih. Kalau kau tak datang, mungkin gigi aku dah patah. Harraz menganggukkan kepalanya. “Saya jumpa dia orang dulu.” Adriana melambaikan tangannya. Harraz membalas lambaiannya. Kemudian, dia berpatah balik. “Kita jumpa lepas awak habis kelas. Okey?” soal Harraz. Adriana mengangkat ibu jarinya tanda setuju.
Harraz duduk di hadapan mereka. Di sebelahnya pula abang senior kolej tersebut, Syed Ashraf Hakimi. Haa, mestilah adik kepada Sharifah Adriana Delisha. “Kau kenal siapa dia?” soal Harraz. Hisyam menganggukkan kepalanya. “Siapa dia?”
“Syed Ashraf.”
“Kau tahu siapa kau bergaduh dengan tu?”
“Adi.”
“Dia adik Ashraf.”
Hisyam melihat tepat ke anak matanya. “Bukan dia ada adik perempuan je ke?” soalnya. Ashraf memandang muka Harraz lalu mengetap bibir. Kemudian, dia melihat semula muka Hisyam. “Tak semua apa yang dicakapkan orang betul dan aku tak nak kau sentuh dan ganggu adik aku. Kalau ya, kau tahulah akibatnya. Walaupun aku dah bergraduasi.” Hisyam dan yang lain menganggukkan kepalanya. “Kos rawatan untuk Man aku tanggung sepenuhnya. Jika tiada bantahan, korang boleh balik ke kelas masing-masing.” Mereka beredar. “Nasib baik tak tertangkap. Kalau ya, siaplah aku dengan adik aku nanti.”
“Maaf. Tak sangka dia boleh tahu. A-aku pergi.” Harraz terus melarikan diri. Ashraf mengeluh kecil melihat telatah Harraz yang kebudak-budakan. Sama seperti adiknya.
Adriana berlari ke arah Harraz. “Apasal nak jumpa aku?”
“Kenapa awak bergaduh dengan Lokman?”
“Laa, dia yang cari pasal dulu. Bukan salah aku pun.”
“Apa dia cakap?”
“Dia kata dia tahu aku ni tomboi. Lepas tu, dia kata dia nak sebar kat semua orang. Aku pun laranglah. Kemudian, dia jelirkan lidah. So, aku tumbuklah dia.”
Harraz menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Itu pun nak digaduhkan?” soalnya. Adriana mengangkat bahu. “Abang aku dah selesaikan?”
Harraz menganggukkan kepalanya. “Beres.” Adriana tersenyum lega. Dia melihat muka Harraz. “Kau, ada mamat tampan di kelas aku. Pelajar baru. Nama dia, Fareez Rizal bin Ikhwan. Wah, gorgeouskan nama dia?”
Harraz melihat mukanya. “Bila masa pulak awak suka lelaki?”
“Woi, aku ni suka dengan lelaki dari dulu lagi. Tak semua tomboi suka sama perempuan. Daripada kau, suka dengan minah gedik tu.”
“Nana?” soalnya. Adriana menganggukkan kepalanya. Harraz ketawa kecil. “Memang  bintang penuhlah dia layan. Terbelit-belit.”
“Apasal kau suka dia?”
“Awak tengoklah dia. Pantang tengok lelaki. Sekali ajak, pasti dia setuju.”
“Jadi, kau suka minah gedik macam tu?”
“Kalau awak nak saya suka awak, cubalah jadi segedik Nana,” ujarnya sambil mengenyitkan matanya ke arah Adriana. “Eee, aku tak naklah kat kau! Apasal kau tak nak dengan Farisha?”
Harraz mengeluh kecil. “Muka memang cantik tapi cuba tengok gigi dia. Kuning macam tak berberus.”
“Itu sebab dia selalu minum air mangga. Air bekalan pun air mangga. Pesan air, air mangga.”
“Tak naklah kat dia.”
“Hai, mamat-mamat handsome!” sergah seseorang. Adriana sempat menjeling Harraz. Siapa lagi kalau bukan Nana? Panjang umur, baru tadi cakap pasal dia. Harraz menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya. “Raz, kawan you ek?” soal Nana. Harraz menganggukkan kepalanya. “Aww, he’s so cute. Muka jambu betullah. Macam perempuan.”
Terbeliak mata Adriana dan Harraz. Mereka berpandangan seketika. “You, nak tak keluar dengan I dan kawan-kawan?” soalnya tak tahu malu. Betul kata Harraz, terbelit-belit betullah! Adriana melihat wajah rakan-rakan Nana. Mereka menganggukkan kepalanya. “Aku tak nak arr,” jawabnya. “Laa, kenapa tak nak?” soalnya lagi sambil menarik-narik lengan Adriana. Tiba-tiba, satu idea nakal menerjah minda Adriana. “Okeylah, waktu habis kelas nanti kita jalan-jalan,” jawabnya lembut. Apalagi, melompat rianglah Nana dan kawannya. “Kita jumpa nanti di depan, okey?” soalnya. Adriana menganggukkan kepalanya. Sebuah flying kiss dihadiahkan kepadanya. “Kau!” panggil Adriana. Nana menoleh. “Maksud saya, awak. Saya bawak kawan saya ni sekali boleh?” soalnya. Nana menganggukkan kepalanya. “Bawalah. Dia memang dialu-alukan.” Mereka pergi dengan lenggok yang dibuat-buat. Harraz terlopong. “Gila awak terima ajakan dia?” Adriana mengukir senyuman nakal. “Just wait and see.”
*************
Adriana dan Harraz menghampiri mereka. “Maaf lambat,” ujar Adriana. Mereka tersenyum. “Takpe, asalkan you alls datang. Jomlah masuk,” ajak Nana. Adriana dan Harraz masuk ke dalam perut kereta. “Err, biarkan kami pandu,” kata Adriana. Harraz melihat muka Adriana. “Oh, okey,” ujar Syafiqah. Mereka keluar lalu Harraz duduk di tempat pemandu lalu Adriana duduk di sebelahnya. Nana, Syafiqah dan Rina melihat wajah Harraz dan Adriana menerusi cermin pandang belakang. Naik rimas juga mereka berdua apabila diperhati sedemikian rupa. Adriana mengetap bibir. Geram!
Nana, Syafiqah dan Rina keluar dari perut kereta. Harraz dan Adriana kemudian mengikuti mereka. Adriana memeluk bahu Nana kemudian sempat tersenyum sinis kepada Harraz. Harraz terlopong, terkedu, terkesima, ternganga dan terkejut. Rina dan Syafiqah memeluk erat lengannya. Seorang di kanan dan seorang lagi di kiri. “Rimaslah!” marah Harraz lalu menepis tangannya. Dia berjalan mendahului mereka. Geli hati juga dia melihat adegan mesra Adriana dan Nana. Mereka berlima duduk di sebuah bangku panjang. Adriana tahu, sekaranglah dia patut mengenakan Nana. “You, sebenarnya I nak kata sesuatu,” mulanya. Harraz dengar dengan teliti. “You suka I, kan?”
Nana menganggukkan kepalanya. ‘Sah gedik!’ getus hati Adriana. “I pun suka you,” ujar Adriana cuba menahan tawa. Tersenyum lebar Nana. Rina dan Syafiqah memerhati mereka dengan bosan. “Tapi, I bukan lelaki.”
“Maksud you?”
“I bukan lelaki sejati.”
“You, pondan?”
“Laa, logikkah aku ni pondan? Aku tomboilah!” marahnya. Nana terlopong. “You sudi tak couple dengan I?” soalnya, sengaja mengusik. Nana menggelengkan kepalanya dengan pantas kemudian beredar. Rina dan Syafiqah mengekorinya. Harraz menghampiri Adriana. “Awak ni biar betul. Bodoh betullah awak! Kata nak rahsiakan identiti awak. Yang awak cakap kat dia kenapa?” marah Harraz sambil mengetuk dahi Adriana. Adriana mengusap-usap dahinya. “Wei, sakitlah! Aku nak ajar dia. Menggedik dengan semua lelaki termasuk tomboi,” jawabnya. Harraz mengeluh.
“Kalau dia beritahu kat orang lain?”
“Laa, abang akukan ada ramai member dalam kumpulan dia? Aku katalah kat abang aku. Nanti dia orang perhatikan Nana dan kawannya.”
“Suka hati awaklah. Mereka takkan bertahan memerhati Nana selama setahun.”
Adriana mengangkat bahu lalu menongkatkan dagunya.
Nana dan kawan-kawannya bersepakat untuk memberitahu yang lain. Namun, setiap kali mereka ingin memberitahu, pasti kawan-kawan Adriana ada. Itu yang membuat kepala mereka runsing.
Harraz dan Adriana ketawa terkekek-kekek apabila membaca komik itu. “Lawaklah,” ujar Adriana dengan tawa yang masih bersisa. Harraz menganggukkan kepalanya tanda setuju. Telefonnya berdering. “Helo,” mulanya. Dia terdiam sejenak. Kemudian, mata dia terbeliak. “Okey, okey. Saya balik sekarang.” Talian dimatikan. “Asal?” soal Adriana. “Erm, saya perlu balik. Mak accident,” jawab Harraz terburu-buru. Adriana mengangguk. “Pergilah.” Harraz terus berlari meninggalkannya. Adriana menyimpan komik tersebut. Dia berjalan-jalan di kolej. “Eh, asal orang berkumpul?” bisik Adriana. Dia menghampiri mereka. Dia menyelitkan dirinya di celah-celah orang ramai. “Nana!” panggilnya sambil menggoncang tubuhnya. “Kita bawak dia ke bilik rehatlah,” putus seseorang. Adriana mengangguk.
Nana membuka matanya. “Nana!” serbu Adriana. “Awak? Buat apa di sini?” soal Nana sambil memeluk dirinya. Adriana mengeluh.
“Kau pengsan. Aku tahu sebab kau stress tak dapat beritahu orang, kan? Haa, apakata kita berdamai. Kau tak perlu kata kat orang. Nama aku Adriana. Aku tak suka perempuan. Kau?”
“Liana Jasmin.”
“Habis? Asal dipanggil Nana?” soal Adriana pelik. “Emm, nama tu bunyi glamour.”
“Tak bersyukurlah. Hmm, kita kawan?” soal Adriana lagi. Dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. Nana menyambut tangannya. “Kawan.”
Keesokan harinya, kolej digemparkan dengan suatu berita hangat. “Adi! Adi!” panggil Nizar. Adriana menoleh. “Woah, chill bro.”
“Aku tak dapat. Satu kolej terkejut.”
“Asal?”
“Kau dan Nana bermesra.”
“Hah?”
“Ya, siap ada gambar lagi. Kau itu ke dengan Nana?”soal NIzar. “Hoi, kau ni! Bawak aku ke situ!”
Mereka berlari ke papan kenyataan. Ketika Adriana dan Nizar menghampiri, ada yang berbisik-bisik, ada yang beredar. Adriana terlopong apabila melihat gambar-gambar tersebut. “Wei, siapa sabotaj aku?”
“Tak tahu arr. Abang kau dah soal Farid. Tapi, dia nafi.”
“Manalah tahu dia tipu?”
“Bukan dia je ada kamera.”
“Tapi dia jurugambar kolej ni!”
Adriana mencuba untuk membuka kaca itu tetapi gagal. Takkanlah nak pecahkan, nanti vandalisme. “Aku akan cari orang tu sehingga ke lubang cacing jugak!” dengusnya.
p/s : Ini adalah versi lain untuk Haru Haru. Saya tahu cerita tu terlalu ringkas dan pendek dan agak membosankan, saya karang cerita ni. Harap kalian suka. Komen anda sangat dihargai. ^_^